9.17.2009

SALAM AIDIL FITRI


Assalamualaikum.
Saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pelawat blog ini serta PPP Muslim seluruh negara. Moga2 Kedatangan Syawal kali ini menambahkan ketaqwaan serta keberkatan kepada kita serta keluarga.
abu aiman
Putrajaya
1430 H

9.08.2009

PENGENDALIAN H1N1 DI KLINIK KESIHATAN

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM telah mengeluarkan Garis Panduan Pengendalian Influenza A H1N1 di Klinik Kesihatan. Garis Panduan diharapkan dapat membantu kakitangan menjalankan tugas dengan lebih effektif lagi bagi mengekang penularan wabak yang membawa maut ini.

Semua PPP serta kakitangan yang terlibat hendaklah mematuhi Garis Panduan ini serta mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif dan pantas di KK masing-masing.

Di bawah dipaparkan carta alir Pengendalian ILI di Klinik Kesihatan.



Maklumat lanjut berkaitan dengan Garis Panduan in boleh di dapati di: http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=523

abu aiman

9.02.2009

RAHSIA PUASA

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Allah Ta’ala telah mengurniakan kenikmatan yang amat besar kepada seluruh hambaNya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat digunakan sebagai benteng untuk menolak tipu daya syaitan. Amalan yang dimaksudkan itu ialah ibadat Puasa.

Orang yang berpuasa juga di beri janji oleh Allah SWT bahawa ia akan diberi dua kegembiraan sebagai balasan ibadat puasanya seperti Hadis RasuluLllah SAW yang bermaksud:

“ Orang yang berpuasa itu mempunyai dua macam kegembiraan iaitu ketika berbuka berpuasa dan ketika bertemu dengan Tuhannya”

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

RAHSIA PUASA DAN SYARAT BATHINIAH

1. Menahan dari pandangan yang tercela dan dibenci syarak yang boleh menyebabkan kelalaian hati dari mengingati Allah SWT.

2. Menjaga lidah dari senda gurau yang tidak berguna, berdusta, mengumpat, mengadu-domba, perkataan kotor, caci-maki, permusuhan dan menunjuk-nunjuk.

3. Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang dibenci, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula didengari.

4. Menahan anggota tubuh yang lain dari segala perbuatan dosa, baik dari tangan, kaki dan segala yang dibenci.

Demikian pula menahan perut dari hal-hal yang syubahat (tidak jelas haram atau halannya) diwaktu berbuka. Tidak ada gunanya seseorang itu berpuasa iaitu menahan dari memasukkan makanan yang halal tetapi sewaktu berbuka ia memasukkan makanan yang haram atau yang diperolehi dari jalan yang haram.

Perumpamaan orang yang berpuasa semacam ini adalah sama seperti orang yang membangunkan sebuah istana atau gedung yang indah dan besar, tetapi ia juga menghancurkan istana atau gedung itu.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Banyak sekali orang yang berpuasa itu, tetapi tidak ada yang diperolehnya dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan haus saja"

Hadis Riwayat Nasa-I dan Ibnu Majah

Ada Ulama yang berpendapat bahawa orang yang bernasib sedemikian ini ialah orang yang berbuka dengan makanan yang haram. Ada yang mengatakan bahawa orang itu ialah menahan dari memakan yang halal, tetapi berbuka dengan memakan daging manusia iaitu mengumpat orang lain.

Tetapi ada pula yang mengatakan maksudnya itu ialah orang yang tidak menjaga anggota-anggota tubuhnya dari melakukan perbuatan-perbuatan berdosa. Tidak berlebih-lebihan memakan makanan sewaktu berbuka puasa sekalipun makanan itu halal.

Sesungguhnya Allah SWT amat benci orang-orang makan sehingga perutnya padat berisi makanan. Untuk memperlemahkan semangat syaitan, hendaklah memakan tidak berlebihan, hanya sekadar yang diperlukan. Hendaklah setelah berbuka itu, hatinya masih mempunyai perasaan takut kepada Allah SWT serta dengan penuh harapan agar amalan puasa yang dilaksanakan itu diterima oleh Allah SWT.

Moga2 puasa kita tahun lebih baik dari tahun2 lepas.

Rujukan: Kitab Bimbingan Mukmin ( Imam Al-Ghazali)

8.05.2009

Memantapkan Jaringan Kolaborasi Latihan/Kolej-Perkhidmatan

Salam Sejahtera.

Bahagian Pengurusan Latihan KKM telah menganjurkan satu Bengkel JK Kecil Teknikal Kursus DPP yang bermula dari 4 Ogos hingga 6 Ogos di KPP Ulu Kinta. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timb. Setiausaha Bahagian (Dasar), En Saudagar Singh dan dihadiri oleh 40 orang peserta dari pelbagai pihak berkepentingan iaitu Lembaga PP, Persatuan PP, Kesatuan PP, Bahagian Kesihatan Awam, Bah. Perubatan dan Penyelia PPP negeri dan hospital serta pengarah2 kolej.
Bengkel ini juga diadakan selaras dengan resolusi ke 4 Konferens Kebangsaan PPP 2009 yang menyatakan perlunya diwujudkan jaringan kolaborasi yang lebih mantap di antara BPL/Kolej-Perkhidmatan bagi meningkatkan lagi kualiti kursus diploma pembantu perubatan. Selain itu ia juga merupakan strategi baru BPL bagi menghasilkan kursus-kursus yang lebih berkualiti selaras dengan kehendak pelanggan.

Sebanyak 9 kertas kerja/ceramah telah sampaikan dalam bengkel ini. Selain itu diadakan sesi perbincangan kumpulan bagi melihat semula keberkesanan kursus yang ada sekarang dan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu diambil serta mengatur strategi memantapkan lagi kursus pembantu perubatan selaras dengan keperluan semasa.

Bengkel diharapkan akan dapat menghasilkan satu pelan tindakan yang lebih mantap melalui kolaborasi BPL/Kolej-Perkhidmatan ke arah meningkatkan kualiti kursus pembantu perubatan yang dijalankan sekarang.




7.21.2009

RAKAMAN PERASMIAN WISMA PP

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada tanggal 12 Julai 2009 yang lalu, telah tercatat satu sejarah gemilang profesion PPP dimana pada tarikh tersebut, Ybhg. Dato' Sri Dr. Hj Mohd Nasir b Hj Mohd Ashraf, Ketua Setiausaha KKM telah merasmikan WISMA PP yang terletak di Kajang Selangor.

Majlis Gilang Gemilang itu telah dihadiri lebih daripada 800 orang yang terdiri daripada VIP, tetamu khas serta PPP dari seluruh negara. Wisma yang berharga RM 730, 000.00 merupakan satu simbul perjuangan dan solidariti PPP seluruh negara. Kewujudannya adalah hasil dari kerja keras semua pihak terutamanya Persatuan, Kesatuan, Lembaga serta sumbangan semua PPP dari seluruh negara.

Moga2 kewujudan Wisma ini akan menyemarakan lagi perjuangan PPP melalui perancangan yang lebih mantap dan strategik agar profesion ini terus releven dan maju di masa hadapan.






Tahniah dan Syabas kepada semua PPP!!!

abu aiman

7.16.2009

RESOLUSI KONFERENS KEBANGSAAN PPP 2009

Sila Klik pada imej di atas untuk membaca Resolusi

Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2009 telah berjaya menghasilkan Resolusi bagi meningkatkan tahap kompetensi dan Profesionalisma PPP.

Tuan-tuan boleh memberikan pandangan/bahaskan bagaimana Resolusi tersebut boleh dilaksanakan.

abu aiman

7.15.2009

TERIMA KASIH SEMUA

Salam Sejahtera.

Selama 3 hari ( 12 -14 Julai 2009) seramai hampir 700 orang PPP dari seluruh negara telah berkampung di Oriental Crystal Kajang menghadiri program 3 in 1 : Majlis Perasmian WISMA PP, Konferens dan Mesyuarat Agong Persatuan PP Malaysia.

Majlis Perasmian Wisma PP yang disempurnakan oleh Datuk KSU Kementerian Kesihatan Malaysia telah berlangsung dengan gemilang gemilang dan dihadiri ratusan PPP dari seluruh negara.

Manakala Konferens berjalan dengan lancar dengan pembentangan sesi plenari, selari dan bengkel kemahiran. Walaubagaimanapun, disebabkan tempat yang agak sempit serta jumlah peserta yang ramai menyebabkan berlaku sedikit kesesakan.

Saya bagi pihak JK Saintifik ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua peserta serta pembentang yang telah menjayakan konferens ini. Kami juga memohon kemaafan jika terdapat kekurangan sepanjang konferens ini berlangsung.



Syabas dan tahniah kepada pembentang Kertas Saintifik Terbaik:

1. Sdr Mohd Najib Kamarolzaman - PK Bera Pahang
2. Sdr Abd Malik Hassim - HUKM
3. Sdr Aswan Ali Daud - PKK Kota Kinabalu



abu aiman

5.07.2009

JK KECIL SAINTIFIK KONFERENS - MAKLUMAT TERKINI

Blog ini akan menjadi Blog rasmi JK Saintifik menyalurkan maklumat berkaitan dengan pembentangan kertas kerja konferens. Blog ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa bagi mengetahui perkembangan terkini berkaitan dengan Konferens.

Sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan dengan pembentangn kertas kerja bolehlah dibuat melalui email blog ini atau
alias.mahmud@moh.gov.my
atau di talian: 012-4360941

Terkini 30 Jun 2009

Mesyuarat JK Saintifk telah memilih 30 kertas kerja Saintifik untuk dibentangkan pada Konferens PPP kali ini. 28 Pembentang Oral dan 2 Pembentang Poster.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, cuba di lain kali.

Surat Jemputan sebagai pembentang akan dihantar kepada tuan2 secara pos dan melalui ketua Jabatan. Tuan2 di minta untuk menguruskan pendaftaran sebagai peserta kursus ( Hubungi En Hamzah: 012- 6243113) serta pastikan tuan2 telah membuat tempahan hotel.

Selain itu, tuan2 diminta menghantar softcopy powerpoint kepada JK Saintifik melalui email atau pos laju jika fail besar ke alamat:

Alias Bin Mahmud
Bahagian Pengurusan Latihan KKM
Tkt 20 Bangunan PERKIM
51200 JalanIpoh
Kuala Lumpur.


Berikut adalah senarai pembentang yang berjaya:

Nama- Negeri

1. Segaran Ramodran- Sabah
2. Chang Kuet Onn- Sarawak
3. Md. Najib Kamarolzaman- Pahang
4. Maznee Musa- Perak
5. Zulkifli Salleh - Perak
6. W M Affendi W Mahadi- Kelantan
7. Md Najib Ramli- Perak
8. Hj Azizan Md Noor- Putrajaya
9. Hj Norudin Ismail- Putrajaya
10. Aswan Ali Daud- Sabah
11. Muruganathan- Perak
12. Ghani Hasan Perumal- Perak
13. Louisma Miyu- Sarawak
14. Che Hassan Daud- Kelantan
15. Lau Hui Kwiong- Sarawak
16. Abd Halim Hamid Pulau- Pinang
17. Suhami Ramli- Pahang
18. Amin Zafri Abd Rahman- Putrajaya
19. Abd Latif Zainuddin- Johor
20. Mispan Mangon- UniKL
21. Abd Malik Hassim- KL ( 2 )
22. Khairul Faizal Abd Latif- Perak
23. Kumar Chandra W Patel- Selangor
24. Hj Taib A. Rahim- KIST
25. Kamarul Ariffin Isa- Melaka
26. Anwar Abd Razak- Selangor
27. Abas Ibrahim- Negeri sembilan
28. Anthony Risih- Sarawak (Poster)
29. Bacho Nordin- Sabah (Poster)

Selamat Bersidang!


Terkini 18 Jun 2009

Jumlah permohonan penyertaan persidangan setakad 16/6/2009 sudah melebihi 520 orang. Justeru, permohonan untuk menyertai persidangan ini DITUTUP. JK sedang dalam proses penghantaran surat jemputan ke persidangan kepada peserta yang berjaya.

Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang belum membuat tempahan hotel (Oriental Crystal). Anda dinasihatkan membuat tempahan hotel lebih awal kerana tempat adalah terhad. Bayaran hotel (RM 115 sehari ) yang dikenakan adalah bayaran secara pakej termasuk makan dan minum sepanjang konferens.

Bagi Kertas Pembentangan Saintifik, masih terdapat peserta yang menghantar maklumat pembentangan tidak lengkap seperti tiada borang permohonan atau abstrak. Mohon kepada peserta yang telah memberi komitmen secara lisan agar dapat menghantar maklumat tersebut secepat mungkin.

JK Saintifik akan meneliti setiap abstrak yang dihantar dan pembentang yang berjaya akan dihubungi secara email/surat dalam tempoh terdekat ini. Anda dinasihatkan agar dapat menyediakan pembentangan dalam Microsoft powerpoint 2003 dan hendaklah dihantar softcopy kepada JK Saintifik melalui email jika anda dipilih sebagai pembentang.


Terkini 10 Jun 2009

Bagi memberi peluang lebih ramai PPP menyertai pembentangan oral/poster, JK Saintifik telah melanjutkan tempoh penghantaran abstrak ke tarikh baru iaitu sebelum:
17 Jun 2009.

Sila pastikan abstrak yang dihantar mematuhi format yang telah ditetapkan.


Terkini 3 Jun 2009

Jumlah penyertaan persidangan yang diterima setakad hari ini amat menggalakkan. Borang penyertaan yang diterima sudah melebihi 350 orang. Kapisiti maksimun persidangan ialah 500 orang.

Penyertaan masih lagi terbuka sehingga 15 Jun 2009. Sesiapa yang belum menghantar borang penyertaan, sila berbuat demikian dengan segera. Sila hantar borang penyertaan terus kepada AJK Pendaftaran ( En Hamzah: 012-6243113) atau sekreteriat Konferens seperti dalam Flyer.

Bagi Kertas Saintifik, sesiapa yang ingin membuat pembemtangan oral/poster, sila hantar abstrak dengan segera kepada AJK Saintifik ( Alias: 012-4360941) sebelum 10 Jun 2009.


Terkini 27 Mei 2009

Format Abstrak, Pembentangan Oral/Poster Kertas Kerja Saintifik

Sayugia diingatkan kepada semua PPP yang ingin membentangkan kertas kerja saintifik, format penulisan abstrak serta format pembentangan samada oral atau poster mestilah mempunyai perkara-perkara berikut:

1. Pengenalan & Objektif Kajian
2. Methodologi Kajian
3. Penemuan
4. Perbincangan/Kesimpulan

Bagi Kertas kerja yang berkaitan dengan profesion/bidang tugas baru-kepakaran/penemuan baru-inovasi/perkongsian pengalaman/lain-lain, abstrak hendaklah ditulis dengan jelas berkaitan skop perbincangan/teori yang berkaitan serta memberi impak kepada profesion PPP.

Terkini 20 Mei 2009




1. Sebarang urusan Pendaftaran hendaklah berhubung terus dengan En Hamzah Abd Ghani (Hospital Putra Jaya) hp: 012-6243113 / email: hamzah.g@wp.moh.gov.my

(Anda digalakkan menghantar LO lebih awal/disertakan dengan borang permohonan pendaftaran)

2. Sebarang pertanyaan berkaitan Penginapan, anda boleh berhubung dengan En. Wan Rosli Wan Ismail (Hospital Kajang) Hp: 017-6996039 Email: wanrosli@sel.moh.gov.my

(Anda dinasihatkan membuat tempahan hotel awal. Sila berhubung dengan Mr. Ronnie : 013-6400518 - Oriental Crystal, Kajang)

3. Yuran pendaftaran bagi pembentang kertas kerja Saintifik (tanpa penaja) akan dibiayai 50% oleh Kesatuan (Bagi ahli Kesatuan PP Sahaja). Anda boleh semak keahlian Kesatuan dengan menghubungi Tn Hj Mohd Zabidi (Hp: 019-6600020 - email: mzabidi@mlk.moh.gov.my)






4. Peserta yang ingin membentangkan kertas kerja, sila hantar abstrak dengan segera kerana tempat adalah terhad. Anda dinasihatkan berbincang dengan majikan supaya yuran penyertaan dibiayai oleh majikan - pembentang mungkin diberi keutamaan oleh majikan untuk menyertai Konferens ini).

(Muat turun borang penyertaan pembentangan dalam surat Edaran di bawah)

Terkini: 14 Mei 2009

Surat Edaran Konferens boleh dimuat turun di:
http://www.4shared.com/file/105255646/aad2593e/Edaran_Konferens_PPP_2009_1.html

Mohon di panjangkan kepada semua PPP yang tuan2 kenali.

Terkini: 9.5.2009

Untuk mendapatkan borang penyertaan pembentangan serta garis panduan abstrak sila emailkan kepada email di atas atau download seperti di bawah:

1. Borang Penyertaan Pembentangan:
http://www.4shared.com/file/104609018/8b4085a4/BORANG_PENYERTAAN_PEMBENTANGAN.html

2. Garis Panduan Penyertaan pembentangan/Abstrak
http://www.4shared.com/file/104608697/6f1709ea/GARIS_PANDUAN_PENYERTAAN_PEMBENTANGAN-ABSTRAK.html

3. Flyer Terkini http://www.4shared.com/file/104589054/507e35e4/First_Announcement_flyer.html

5.04.2009

KONFERENS PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2009

Salam sejahtera.

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (MAMA) akan mengadakan satu Konferens Penolong Pegawai Perubatan peringkat Kebangsaan tahun 2009. Konferens tersebut akan di adakan pada 12-14 Julai 2009 di Oriental Crystal, Kajang.

Konferens yang bertemakan 'Embrace Competency, Propel Professionalisma' itu akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan dijangka akan dihadiri 500-600 PPP seluruh negara.

PPP yang telah menjalankan research dialu-alukan untuk membentangkan hasil kajian mereka dalam konferens ini. Mana-mana PPP yang bercadang untuk menjalankan kajian atau ingin membentangkan kertas kerja di Konferens ini bolehlah mula mengumpulkan malumat mulai dari sekarang dan menghantar abstrak sebelum 10 Jun 2009.

Maklumat Lanjut bolehlah menghubungi sekretariat konferens iaitu:

En Amin (012-3578125)
En Mahadi (012-6448337)
En Hamzah (012-6243113)
En Mahadir(012-2688892)
Hj Jaafar (016-7555232)
En Syamsul(012-2622234)
Sabah (Joseph-013-8540101)
Sarawak (Jarit-19-8623089)

abu aiman

4.29.2009

SELSEMA BABI (SWINE INFLUENZA) - SATU CABARAN BARU DUNIA PERUBATAN

Salam Sejahtera.

Dunia hari ini semakin panik dengan timbulnya virus influenza yang mengancam kehidupan manusia di dunia ini. Virus ini menyebabkan penyakit respiratori akut dan kebiasaanya ia menjangkiti pada Babi yang menyebabkan Selsema Babi (Swine Influenza).

Namun bagitu, disebabkan Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu-satu masa, maka gen virus tersebut bercampur yang menghasilkan virus influenza yang mengandungi pelbagai sumber dan virus baru ini dikenali sebagai H1N1.

Virus ini berkeupayaan menyerang manusia. Sehingga 26 April 2009, mengikut Laporan yang dikeluarkan oleh WHO, terdapat 20 kes yang disahkan di AS. Sementara itu di Mexico jumlah kes yang dilaporkan adalah 1,146 dengan 71 Kematian.



BAGAIMANA MANUSIA BOLEH DIJANGKITI?

Manusia selalunya dijangkiti Selsema Babi melalui hubungan langsung dengan Babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selsema Babi. Terdapat juga kes dimana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Namun bagitu jangkitan kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

Mereka yang dijangkiti virus ini boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai tanda dan gejala penyakit yang boleh berlarutan selama 7 hari daripada tarikh dijangkiti. Tanda-tanda dan gejala penyakit ini adalah sama dengan tanda-tanda dan gejala seseorang yang mengidap selsema seperti batuk, sakit tekak, sakit badan, sakit kepala sert badan berasa sejuk dan lesu.

AL-QURAN MENGHARAMKAN DAGING BABI UNTUK DIMAKAN

Ayat Al-Quran surah Al-An'am: 145 bermaksud:

" Katakan (wahai Muhammad):"Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi".

Sebahagian Ulama mengatakan bahawa pengharaman memakan Babi adalah disebabkan kemudaratan yang ada padanya lebih banyak daraipada kebaikan. Jika kita memperhatikan secara teliti pada ayat yang tersebut di atas jelas tertera perkataan " kerana sesungguhnya ia adalah kotor".

Menurut Tuan Haji Ibrahim Ma dalam buku beliau "What Is Islam" pada zaman Dinasti Tang, seorang Tabib yang bernama Sun See Mao telah menulis buku dan menyatakan bahawa " daging babi merangsang penyakit lama, penyebab kemandulan, sakit tulang dan asma".

Beliau juga telah memetik jurnal kesihatan cina yang berkaitan petua panjang umur iaiatu " Yan Show Tan" yang menyatakan bahawa semua daging adalah berkhasiat kecuali daging babi, maka janganlah makan daging babi!.

Selain itu pada 20 Oktober 1998, The Detroit News juga melaporkan penemuan saintis berkaitan pertalian jangkitan antara virus burung dan babi dimana babi adalah tempat kuman diubah kepada bentuk yang lebih merbahaya.

Berlakunya wabak dan musibah merupakan satu lagi ujian Allah kepada makhluknya. Setiap kita hendaklah merenung ayat-ayat Allah serta mengambil pengajaran daripada kisah-kisah silam disamping berusaha mencegah dan mencari penawar (vaksin) jangkitan virus ini.

Kita berdoa semoga negara kita dilindungi daripada musibah ini.

abu aiman.