3.10.2013
Tokoh PPP 2013
Tahniah kepada 3 orang tokoh PPP 2013 sempena Hari Pembantu Perubatan 2013.
1. Tn Haji Mansor Fenner
2. En Azmi
3. En Lau Wei Long
Jasa kalian tetap kami kenang!!
3.07.2013
Temu ramah TV1
Tahniah kepada Tn Hj Siri dan En Hamzah.
Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan 10 Mac 2013
abu aiman
3.06.2013
Temu ramah Profesion PPP dalam Selamat Pagi Malaysia 7 Mac 2013
Salam Sejahtera,
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa slot temuramah bersama Ketua Profesion Pembantu Perubatan (Penolong Pegawai Perubatan) dan Presiden Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia oleh RTM akan disiarkan di dalam siaran Selamat Pagi 1Malaysia pada 7 Mac 2013.
Sehubungan dengan itu, untuk tidak melepaskan peluang yang buat julung kalinya diadakan ini maka semua ahli profesion Pembantu Perubatan adalah dijemput untuk menonton siaran langsung ini.
Mohon Pentadbir-Pentadbir Kolej memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar Pembantu Perubatan menyaksikan siaran ini. Mudah-mudahan baik untuk diri dan masa depan mereka.
Selamat menonton!
--
Amin Zafri bin Abd Rahman,
b.p - Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
12.01.2012
10.29.2012
SERANTA AWAM ATAS TALIAN BAGI CADANGAN PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG PENOLONG PENGAMAL PERUBATAN
SERANTA AWAM ATAS TALIAN BAGI CADANGAN PENGGUBALAN RANG
UNDANG-UNDANG PENOLONG PENGAMAL PERUBATAN
UNDANG-UNDANG PENOLONG PENGAMAL PERUBATAN
YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menggubal Rang Undang-Undang Penolong Pengamal Perubatan yang baru bagi mengawal selia amalan penolong pengamal perubatan. Ini berikutan Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, [Akta 180] yang telah berkuatkuasa hampir 35 tahun didapati tidak lagi menepati keperluan semasa.
Skop Akta 180, adalah terhad kepada penubuhan Lembaga Pembantu Perubatan (Pendaftaran), pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran penolong pegawai perubatan sahaja. Tidak terdapat peruntukan mengenai:
(a) Komposisi, fungsi dan kuasa Lembaga yang tidak disenaraikan dengan terperinci;
(b) Penubuhan jawatankuasa tertentu bagi membantu Lembaga melaksanakan fungsi dan kuasanya;
(c) Penubuhan jawatankuasa khusus untuk memastikan taraf latihan penolong pegawai perubatan sentiasa berada ditahap yang tinggi;
(d) Pendaftaran penolong pegawai perubatan yang mempunyai latihan lanjutan dalam bidang pengkhususan;
(e) Bidangkuasa tatatertib; dan
(f) Penguatkuasaan
Justeru itu, Akta 180 perlu dibuat penambahbaikan bagi memperkukuhkan undang-undang sedia ada selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa. Penambahbaikan ini adalah penting bagi memastikan amalan yang diberikan oleh penolong pengamal perubatan adalah berkualiti dan kompeten demi memelihara keselamatan orang awam.
Satu borang tinjauan akan disiarkan secara atas talian di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia diwww.moh.gov.my selama 14 hari bermula bermula pada 29 Oktober 2012 sehingga 11 November 2012. Sehubungan itu Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen yang boleh disalurkan melalui ppp.bap@moh.gov.my sebelum/pada 11 November 2012.
Kerjasama dalam memberikan pendapat mengenai perkara di atas adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
BAHAGIAN AMALAN PERUBATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Maklumat lanjut sila akses di:
http://eservices.moh.gov.my/mohsurvey/index.php?sid=68828&lang=en
10.04.2012
MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) 2012
MAJLIS
KONVOKESYEN INSTITUSI LATIHAN
KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) 2012
Majlis Konvokesyen Institusi
Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2012, yang dikelolakan oleh
Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan
diadakan selama 4 ( empat) hari bermula 13 hingga 16 Oktober 2012, bertempat di
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta Perak.
Seramai 9361 graduan dari 26
Institusi Latihan KKM seluruh negara yang telah berjaya menamatkan pengajian
pra-perkhidmatan di peringkat diploma dan sijil yang merangkumi 13 disiplin dalam bidang kesihatan dan Latihan
dalam perkhidmatan bagi 33 kursus lanjutan/pos-basik turut akan menerima
diploma lanjutan serta sijil pos-basik masing-masing pada majlis ini.
Majlis graduasi dan perasmian
konvokesyen akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri
Kesihatan Malaysia, pada 13 Oktober 2012, bermula jam 9.00 pagi. Sempena majlis
ini juga, buat julung kalinya Bahagian Pengurusan Latihan KKM akan melancarkan “Coffee
Book Table” yang memuatkan sejarah 50 tahun
perjalanan Institusi Latihan KKM di negara ini.
Sementara itu, Pesta Konvokesyen
turut akan diadakan sehari lebih awal iaitu pada 12 sehingga 16 Oktober 2012,
dengan pelbagai aktiviti antaranya Forum Perdana Ehwal Islam, Gerai-Gerai
Jualan, Gerai Pameran, Pemeriksaan Kesihatan, Kuiz Kesihatan dan lain-lain di
perkarangan KSKB Sultan Azlan Shah. Orang ramai adalah di jemput hadir bagi
memeriahkan majlis ini pada tarikh berkenaan.
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
3 Oktober 2012
5.18.2012
3.11.2012
Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan - Together We Care

Tanggal 10 Mac merupakan satu lagi tarikh bersejarah buat profesion Pembantu Perubatan (Penolong Pegawai Perubatan) di negara ini kerana tarikh tersebut telah dipilih sebagai 'Hari Pembantu Perubatan'.
Semalam, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah diadakah Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan peringkat kebangsaan. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri lebih dari 350 orang PPP dari seluruh negara. Majlis yang sederhana tetapi penuh meriah dan bermakna ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Kamarul Zaman Bin Mohd Isa.
Menyorot kembali sejarah PP, profesion ini telah wujud lebih dari 120 tahun di negara ini. Pada awalnya ia dikenali sebagai Apothecaries yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang. Semasa pemerintahan British, profesion ini juga dikenali sebagai Sub-Assistant Surgeon dan kemudiannya dipanggil Dresser. Sejajar dengan peranannya yang semakin berkembang, beberapa transformasi gelaran telah berlaku iaitu Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan terkini ia dikenali sebagai Penolong Pegawai Perubatan. (2007).
Sejajar dengan peranannya sebagai tulang belakang dalam sistem penyampaian kesihatan di negara ini, maka sewajarnya sambutan Hari Pembantu Perubatan pada 10 Mac diiktiraf sebagai tarikh penting dalam diari KKM dan disambut setiap tahun. Pengiktirafan ini penting bagi menghargai jasa dan sumbangan PP yang tidak ternilai bagi memastikan taraf kesihatan rakyat di negara ini sentiasa dijaga.
Kepada semua PPP ' Selamat Hari pembantu Perubatan 2012 - Together We Care'
abu aiman
3.01.2012
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)
.jpg)



