4.27.2009
KURSUS POS BASIK/PENGKHUSUSAN UNTUK PPP
Tahukan tuan-tuan bahawa terdapat 21 kursus pos basik/pengkhususan yang ditawarkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan KKM untuk kemasukkan sesi Julai 2009 yang boleh diikuti oleh PPP.
Kursus -kursus tersebut adalah seperti di bawah:
Kursus /Tempoh
Anestesia /1 tahun
Kecemasan /6 bulan
Penjagaan Kes Primer /6 bulan
Perawatan Gerantologi /6 bulan
Perawatan Koronori /6 bulan
Perawatan Oftalmik /6 bulan
Perawatan Onkologi /6 bulan
Perawatan Otopedik /6 bulan
Perawatab Perioperatif /6 bulan
Perawatan Psikiatrik /1 tahun
Perawatan Rapi /6 bulan
Perawatan Renal /6 bulan
Pengurusan Diabtetes /6 bulan
Perubatan Sukan /6 bulan
Perawatan ENT /6 bulan
Forensik /6 bulan
Perawatan Neurosains /6 bulan
Perawatan Perianestasia /6 bulan
Kawalan Infeksi /6 bulan
Rehabilitasi /6 bulan
Gastroinstestinal Endoskopi /6 bulan
PPP mempunyai banyak pilihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang specilised dan sub specilised seperti di atas.
abu aiman
4.21.2009
MASTER PUBLIC HEALTH UKM
Salam Sejahtera:Mana-mana PPP, IK, NURSE yang telah mempunyai ijazah dan berminat meneruskan pengajian ke program master, iklan adalah seperti di sebelah:
Nama Program:
Master in Community Health Science(MCHS)
Specialization in :
1- Hospital Management and Health Economic.
2- Occupational Health.
Intake : Ogos 2009.
Mod Pengajian : Kerja Khusus Dan Tesis.
Kuliah : JKM , HUKM Cheras.
Tempoh : 2 setengah tahun.
Pertanyaan :
1- Umum : 03 89215329 / 5898
2- Syarat Masuk : 03 89215609
3- Pendaftaran : 03 89213495
4- Emel : marketingpkp@ukm.my / yazz@pkrisc.cc.ukm.my
5. Laman Web: www.ukm.my/kembangan
5- Pelajar Semasa : njtnkj@yahoo.com / 0139641958
Mohd Najib
4.16.2009
PERSIDANGAN SAINTIFIK PPP HOSPITAL PUTRAJAYA
Persidangan ini diadakan bertujuan untuk memperkayakan Penolong Pegawai Perubatan dengan ilmu pengetahuan disamping memperkasa tahap kompetensi sejajar dengan perkembangan terkini bidang perubatan. Seramai 250 orang peserta daripada kalangan PPP pelbagai kategori dari seluruh negara dijangka akan hadir.
Persidangan ini dijangka akan dirasmikan oleh Y.Bhg dato' Ahmad Shafii Bin Saidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM manakala penutupan akan disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Noorhisham Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM.
Terdapat ceramah/kertas kerja yang menarik akan dibentangkan dalam persidangan tersebut
iaitu:
Tajuk1: Role of AMO in screening and early interventior
Oleh : Dr. Mohamed Alwi - Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Putrajaya
Tajuk2: Role Of AMO in OPD (Diabetes & HPT clinics)
Oleh : Dr. Fatanah Ismail - KPPK Pemb. Kes. Keluarga KKM
Tajuk3: Quality Physical Examination: Key to quality screening
Oleh : Y. Bhg. Datin Dr. Hjh. Aziah bt Ahmad Mahayiddin
Pengarah Institut Respiratori KL
Tajuk4: Compulsory Attachment Programme for AMO
Oleh : En Amin Zafri b Abd Rahman - PPP Kanan, Lembaga PP
Tajuk4: Pre hospital Care-Currents practice
Oleh : Dr. Adi b Osman - Pakar Perub. Kecemasan
Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh
Tajuk 5: Pre Hospital Care: Australia Experience
Oleh : En. Yong Kok Keng - Pengarah KPPS
Tajuk 6: Pre Hospital Care: Aviation Medicine
Oleh : En. Zafri Yusoff - Pengarah KPPAS
Tajuk 7: Pre Hospital Care: Retrieval Team
Oleh : En Bong Suadi - Pengajar KPPUK
Tajuk 8: Coordination Centre for Medical Emergency:
Current role of AMO
Oleh : Dr. Khairul Nizam Hassan
Pakar Perub Kecemasan - Hosp Putrajaya
Selain itu terdapat workshop yang berkaitan dengan kemahiran klinikal yang akan dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Latihan.
Moga2 persidangan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran PPP dalam bidang yang berkaitan.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi urusetia: En Amin Zafri (012-3578125), Tn Hj. Zulkifli (013-9225676) dan En. Hamzah (012-6243113)
abu aiman
3.09.2009
MEMPERINGATI KELAHIRAN RASULULLAH SAW
Kini kita berada di bulan Rabiul Awal, dan apabila disebut Rabiul Awal maka pasti kita teringat kepada suatu perkara iaitu Maulid’ul Rasul atau kelahiran Junjungan Besar Rasulullah SAW.Alhamdulillah, ini menunjukkan bahawa kita mengingati serta mencintai Nabi kita yang mulia itu. Bahkan masyarakat kita sentiasa menyambut kedatangan tarikh bersejarah ini setiap tahun. 12 RabiulAwal adalah amat besar ertinya dan ini terbukti apabila ia diistiharkan oleh kita sebagai hari kelepasan am. Bagitu juga berbagai majlis sambutan sering di adakan sempena kedatangannya.
Sebagai rasul terakhir, tentu sahaja Nabi Muhammad SAW layak mendapat
penghormatan yang besar dari kita semua.
Firman Allah yang bermaksud:
“ Muhammad itu bukanlah bapa kepada seseorang dari kamu, melainkan dia adalah Rasul Allah dan penutup pada Nabi”
An Anbia: 40
Kita memang patut bahkan mesti memperingiti baginda. Tetapi marilah kita berfikir sejenak. Apakah memadai bagi kita dengan hanya mengadakan sambutan sempena hari kelahiran baginda sahaja? Adakah ini yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Firma Allah SWT yang bermaksud:
“ Sesungguhnya telah ada bagi kamu diri Rasulullah itu Uswah Hasanah (contoh yang baik) Al Ahzab: 21
Sesungguhnya ramai orang yang boleh bergembira dengan kelahiran Rasulullah SAW dan turut menyajakan majlis memperingiti terikh tersebut. Bahkan dari sejarah jelas menunjukkan bahawa Abu Jahal pernah menjadi orang yang amat gembira dengan kelahiran anak saudaranya yang bernama Muhammad itu. Tetapi ternyata, ia tidak memadai kerana apa yang dituntut dari kita bukan sekadar bergembira dengan kelahiran baginda bahkan apa yang sepatutnya kita lakukan ialah mencontohi kehidupan baginda serta mengamalkan ajaran yang dibawanya iaitu Islam.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan kami tidak mengutus seorang rasul melainkan untuk di taati dengan seizin Allah” An Nisa:64
“Dan Kami jadikan mereka itu (Rasul) sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah”
An- Anbiya:73
Inilah sebenarnya yang perlu kita fahami. Janganlah sekali-kali kita merasa cukup hanya dengan berselawat, berzanji atau mengadakan ceramah Maulidul Rasul sahaja. Kita mesti lakukan lebih dari itu.
Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan Rasul itu dari bangsa Jin atau Malaikat tetapi Allah menjadikannya dari seorang manusia. Ini tidak lain hanyalah kerana Rasul itu untuk di contohi dan diikuti perlakuannya. Memang benar Rasul itu maksum, terpelihara dari dosa, tetapi tidak harus di jadikan alas an untuk mengelakkan diri dari cuba mencontohi kehidupan Baginda. Bukankah Baginda manusia biasa yang makan, minum berkeluarga seperti kita?. Baginda mengajar kita supaya mengatur kehidupan sebagai manusia, bukannya kehidupan yang meninggalkan dunia samasekali. Baginda bukan setakad sembahayang, puasa, berzikir, membaca Al-Quran atau berdakwah tetapi Baginda juga mentadbir negara, ekonomi, politik, soaial dan seumpamanya. Bukankah itu yang patuh kita contohi?.
Justeru itu apa yang patut kita lakukan sekarang ialah mempelajari serta mendalami sejarah perjalanan hidup (sirah) Rasulullah SAW untuk kita contohi. Sesungguhnya dengan cara ini barulah kita dapat melihat kesempurnaan Islam yang dibawa oleh Baginda dan InsyaAllah kita akan memperolehi keyakinan untuk mengamalkan segala ajaran yang di bawa oleh Baginda.
Wassalam
abu aiman
12 Rabiul Awal 1430H
3.01.2009
CATATAN SEJARAH WISMA PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
Pada Mac 2008, akaun dana telah dibuka di Bank Islam cawangan Putrajaya (No. Akaun 16-018-01-001139-1) dan surat serta risalah untuk memohon sumbangan dana sebanyak RM100.00 seorang dari semua PPP diedarkan keseluruh negara. Sehingga 31 Januari 2009, kami telah menerima lebih kurang RM460,000.00 , hasil sumbangan daripada lebih kurang 4,500 PPP seluruh Malaysia.
Sehingga 17 Februari 2009 pula, Persatuan telah membayar sejumlah RM 580,000.00 yang mana sebanyak Rm 120,000.00 lagi adalah tambahan dari Tabung PPPM di May Bank Kuala Lumpur- No. Akaun 014150309143, kepada pihak pemaju bagi membolehkan untuk mendapatkan kunci bangunan WISMA.
Pada tanggal 21 Februari 2009 jam 10.00 pagi, bertempat di No.11, Jalan Reko Sentral 9, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor, satu lagi sejarah telah tercipta bagi profesion Pembantu Perubatan Malaysia dimana kunci bangunan Wisma telah diserahkan dan mula masuk bangunan buat pertama kalinya. Walau bagaimanapun, Persatuan ini masih lagi berhutang sebanyak RM150,000.00. InsyaALLAH, sama-samalah kita teruskan usaha untuk mendapatkan lagi sumbangan dana bagi melunaskan baki hutang yang masih tertunggak itu.
Turut hadir pada detik bersejarah itu ialah Tuan Hj. Mohd Radhi bin Abdullah ( Mantan Presiden Persatuan), barisan kepimpinan Persatuan (MAMA) masa kini yang terdiri dari Tn. Hj. Hassan bin Hj Ahmad (Presiden), Tn. Hj. Idris bin Mohd. Nor (Presiden Elect& Mantan Presiden Kesatuan), En. Mohd Azmi bin Osman (Setiausaha Kht), En. Amin Zafri bin Abd. Rahman (Pen. SU Kht. & Pemegang Amanah),manakala pihak Kesatuan (NUMA) diwakili oleh Tn. Hj Abd. Hadi bin HJ. Ismail (Presiden Kesatuan), Tn. Hj. Zabidi bin Mohd Taha (Bendahari Agung). Dari Lembaga Pembantu Perubatan pula Tn. Hj. Siri bin Narudin (KPPP, KKM), Tn. Hj.Johari bin Hj. Zakaria ( Pemegang Amanah). Yang turut hadir adalah Tn. Hj. Mustafa bin Abd. Majid (Ahli EXCO dan Pengerusi PPPM Caw, Selangor) dan En. Khoo Beng Heng (Mantan Ahli Exco NUMA negeri Kedah Perlis). Bacaan doa selamat sempena masuk bangunan, telah diketuai oleh Tn. Hj. Idris bin Mohd Nor.
Persiapan untuk menyediakan kelengkapan pejabat di Aras 2 (Bangunan 3 tingkat) akan dijalankan pada bulan Mac 2009. Ini bagi membolehkan Ibu Pejabat MAMA dan NUMA beroperasi pada bulan April 2009. Kami sedang berusaha untuk mencari penyewa bagi Aras bawah dan Aras 1.
Pada semua PPP dan ahli keluarga seluruh Malaysia yang sedang mencari dan ingin menyewa bangunan bagi menjalankan kegiatan ekonomi, sila hubungi Hj. Hassan (Presiden -0137795408) atau Mohd. Azmi (Setiausaha Kht. -0162797026) atau Amin Zafri (Pen. S/U Kht.- 0133578125 atau Hj. Jaffar (Bendahari Kht.- 0167555232).
Kadar sewa bagi Aras Ground (ahli MAMA/NUMA) RM 3,000.00 dan RM 3,500.00 (bukan ahli).
Kadar sewa bagi Aras 1 (ahli ) Rm 2,000.00 dan RM 2,500.00 (bukan ahli)
Akhirnya, SYUKUR ,TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua warga PPP seluruh Malaysia yang telah bekerja keras, berusaha, menyokong dan menyumbang sehingga impian kita semua untuk memilikki bangunan profesion sendiri tercapai setelah wujud sejak lebih 100 tahun. Kita teruskan lagi usaha untuk menjejaki mereka mereka yang masih belum menyumbang, supaya impian untuk pembelian bangunan ini secara tunai akan tercapai. InsyaALLAH.
KEJAYAAN INI ADALAH KEJAYAAN KITA BERSAMA. SEMOGA PROFESION KITA TERUS KEKAL RELEVAN UNTUK SELAMANYA.
Hj. Hassan bin Hj. Ahmad AMN. PIS
Presiden PPPM
26 Februari 2009.
2.12.2009
Continuing Professional Development (CPD) Bagi Penolong Pegawai Perubatan
Salam Sejahtera.
Diharap dengan adanya CPD ini dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisma PPP sejajar dengan tuntutan semasa.Anda boleh mendapatkan CPD ini dialamat berikut:
2.03.2009
Berita Terkini Dari MAMA
30/6/2008 - Jumlah keahlian 1855
31/7/2008 - Jumlah keahlian 1935
31/8/2008 - Jumlah keahlian 1961
30/9/2008 - Jumlah keahiian 1985
31/10/2008 - Jumlah keahlian 2065
30/11/2008 - Jumlah keahlian 2076
31/12/2008 - Jumlah keahlian 2114
31/1/2009 - Jumlah keahlian 2141
Saranan ini ditujukan kepada semua PPP yang masih belum menyumbang ke Tabung WISMA PEMBANTU PERUBATAN. Sila uruskan sumbangan seberapa segera bagi mengurangkan pembiayaan pinjaman bank.
Setakat 31hb Jan 2009, hanya 53% shj PPP(Jumlah pungutan RM 460,000) yang telah menyumbangkan ke Tabung WISMA. Kerjasama diminta juga kepada semua Penyelia PPP baik di Hospital/Pejabat Kesihatan supaya menyemak balik mana-mana PPP dibawah jagaan yang belum membuat caruman.
MODE OF PAYMENT
Bank Slip/ATM Slip
Fax to admin (03-88832210)/Scan and emel-Account Numbers : 014150309143(Maybank)-email : admin@pppmalaysia.com or ma_pppm@yahoo.comOrder-Post/Money Order/Cheque-
Receiver name :-"PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA
To all PPP's , please make sure you received official Receipt from your supervisor for donation to 'TABUNG WISMA PEMBANTU PERUBATAN".
Only donation submitted to PERSATUAN and BANK IN will be given the official receipt.
Sekian, harap maklum
http://www.pppmalaysia.com./
1.21.2009
Ke Mana Arah PPP selepas ini?
Mohd Najib Kamarolzaman.
Pos Basic PHC. Bach.Health Sc(Hons)UNISEL .On Master Comm.Health Sc UKM.
Assalamualaikum.
Berkaitan dengan pertukaran En. Mansor, kami juga terkejut…lebih 10 kali terkejut, sedih dan bangga…bercampur baur. Beliau merupakan seorang mentor dan harapan kita untuk memperjuangkan PPP tetapi telah berhijrah ke bahagian lain di KKM.
Menyentuh perkara yang berkaitan dengan program pendidikan dan perkembangan akademik PPP, di penghujung tahun 2008 lalu, saya telah mengadakan diskusi ringkas dengan En Mansor bagaimana untuk merencanakan program pengajian peringkat ijazah untuk PPP secara kolaberasi dengan UKM. UKM melalui Pusat Kembangan Pendidikan (PKP UKM) sudah mengambil maklum bahawa terdapat keperluan bagi mewujudkan program ijazah sains kesihatan khasnya untuk PPP dan paramedic di negara ini.
Namun bagitu, sehingga kini saya masih tidak mendapat maklumbalas daripada En Mansor dan ‘pasukannya’ bagi menggerakkan usaha ke arah itu. Persoalan saya, selepas ini kepada siapakah tempat kami merujuk bagi meneruskan komitmen kami agar program ini dapat direalisasikan.
Melihat kepada produksi PPP yang bergraduat dalam setahun, amat kurang atau ‘zero’. Ini menunjukkan bahawa tiada peningkatan dalam perkembangan akademik di kalangan PPP. Saya difahamkan terdapat ‘kekurangan’ pengajar yang berdaftar dengan lembaga PPP bagi memenuhi pengisian jawatan pengajar. Saya melihat tiada intake pengajar yang di ambil secara regular bahkan tiada iklan pengajar baru yang dibuat.
Jika dilihat secara random, di kalangan PPP yang seramai 7 ribu orang, amat sedikit yang memiliki degree. Ilmu, keupayaan dan skill golongan minoriti ini juga tidak digunakan sepenuhnya seperti dilantik menjadi pengajar, atau penyelia hospital daerah atau negeri.. Bahkan bagi yang memiliki master, arah dan hala tuju mereka kabur kerana tiada ‘parthway’ yang jelas dalam kerjaya PPP di negara ini.
Saya sedar peranan persatuan dalam memperjuangkan kerjaya PPP. Namun bagitu kami menghadapi limitasi untuk berinteraksi dengan persatuan dalam bentuk ‘contact person’ yang boleh memperjuangkan agenda persatuan terutamanya dalam memertabatkan PPP melalui peningkatan akademik.
Setelah skim bersepadu dilaksanakan pada tahun 2007, Lembaga PPP dan persatuan masih tidak konsisten dalam menyatakan degree yang memenuhi spesifikasi PPP sendiri. Ini sedikit sebanyak menjejaskan produksi PPP berijazah setiap tahun.
Adalah diharapkan, kumpulan minoriti PPP yang mempunyai ijazah dan master akan digunakan keupayaan mereka semaksimun mungkin bagi kepentingan kerjaya, persatuan dan PPP sendiri. Ini sekaligus dapat mengelakkan berlakunya ‘brain drain’ dikalangan PPP.
Jika ini tidak ditangani, ke mana arah PPP selepas ini?
Sekian.
Mohd Najib
Bera, Pahang
1.16.2009
Jasamu dikenang: Terima Kasih En Mansor
Pada saya, beliau adalah seorang guru dan mentor yang sukar dicari ganti. Nasihat dan panduan yang dicurahkan amat di hargai dan akan dijadikan pedoman yang berguna. Harapan saya agar beliau akan terus memberikan sokongan, panduan dan tunjuk ajar kepada kita walaupun sudah berada di gred yang berbeza. 1.12.2009
Degree in Health Science
Minggu lepas semasa menghadiri bengkel menyediakan 'Standard for medical and health sciences - diploma, bachelor, master dan Phd' anjuran MQA saya sempat mengadakan perbincangan ringkas dengan beberapa Prof daripada UPM, UIA, USM dan beberapa IPTA/S lagi.
Secara dasarnya beberapa IPTA berminat untuk menganjurkan program degree 'Medical and health Science' yang saya kira releven dengan PPP. Seorang Prof dari sebuah IPTA telah menanyakan soalan kepada saya beberapa orang PPP yang sudah mempunyai master yang boleh mereka ambil sebagai tenaga pengajar utama. Mereka memerlukan PPP yang berpengalaman dan berkelayakan minimum (master) untuk membantu menjalankan program yang berkaitan dengan PPP seperti bachelor in paramedik, health care atau yang seumpamanya. Mereka mempunyai ramai pensyarah dalam medikal dan helath science tetapi mereka memerlukan juga input dari kalangan PPP sendiri supaya program yang dijalankan dapat memenuhi aspirasi PPP itu sendiri.
Sebuah IPTA yang terkenal dengan R&D nya juga berminat untuk menjalankan beberapa program bachelor Medical and Health Sciences seperti Helath Promotion, Community Health, Health Care Management dan lain-lain lagi.
Saya melihat sekarang isu utama untuk mengadakan degree yang releven dengan PPP seperti:
1. Kekurangan (?tiada) PPP yang mempunyai kelayakan akademik yang boleh menyumbang kepada pembangunan/kewujudan degree tersebut. Buat masa sekarang pihak kolej KKM sendiri pun kekurangan tenaga pengajar.
2. Pihak IPTA/S lebih cenderung menjalankan degree dalam bidang health science yang boleh menyediakan geraduat kepada pasaran kerja sedia ada seperti bidang nutrition, dietation, radiation, dan lain-lain. Sedangkan degree seperti paramedik, pre hospital care dan lain-lain tidak mempunyai peluang kerjaya yang jelas (selain dari PPP). Mereka juga melihat kepada survival serta takers yang mengikuti program tersebut supaya ia tidak mati setengah jalan. Ini yang akan berlaku kepada degree kecemasan UKM.
3. Kebanyakkan bidang health science memerlukan hands on dan kemahiran klinikal. Justeru pihak IPTA lebih cenderung mengadakan degree secara sepenuh masa. Persoalan berapa ramai PPP yang mampu mengikuti pengajian sepenuh masa.
Justeru ini merupakan satu cabaran kepada semua PPP. Bagi yang sudah memiliki degree, teruskan kepada master dan phd kerana kepakaran/kelayakan yang tuan2 miliki sangat diperlukan bagi merangka program baru PPP dan seterusnya mewujudkan degree yang benar2 releven dengan kerjaya PPP di negara ini. Sebenarnya perjuangan ini harus dimulakan oleh PPP dan saya kira dalam konteks ini ialah pihak persatuan/kesatuan/lembaga yang paling releven untuk memperlajukan langkah yang telah dimulakan dari dulu.
abu aiman.
