
Pada 28 Jun 2010 yang lalu satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan perkembangan program ijazah bagi PPP yang akan dijalankan oleh OUM. Mesyuarat tersebut telah diadakan di OUM Kuala Lumpur dan dihadiri oleh LPP, Persatuan, Kesatuan serta beberapa orang PPP senior yang mewakili beberapa disiplin seperti Renal, Otopedik, kesihatan primer, Psikiatri, Anestesia dan Forensik.
Mesyuarat ini telah dirasmikan sendiri oleh Ybhg. Profesor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali Presiden/Vice Censelor OUM. Dalam ucapannya perasmiannya, beliau optimis program ini akan menjadi kenyataan dan OUM berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan LPP dan Kementerian Kesihatan secara amnya.
Mesyuarat ini juga telah membincangkan secara panjang lebar termasuklah aspek nama program. Antara nama program yang telah dipersetujui ialah DEGREE IN CLINICAL HEALTH CARE. Nama Medical tidak digunakan bagi mengelakkan kekeliruan dengan program Perubatan. Sebanyak 6 disiplin teras telah dicadangkan iaitu Renal, Otopedik, Anestesia, Forensik, Keshatan primer dan Psikiatri. Namun bagitu, setiap pelajar hanya diwajibkan memilh 2 disiplin sahaja dalam program ini.
Sama2 kita berdoa agar usaha yang telah dimulakan ia akan menjadi kenyataan.
abu aiman