10.23.2008

Tahniah Kepada Pengajar U44

Salam sejahtera.

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada guru dan rakan-rakan pengajar yang telah berjaya mendapat kenaikan pangkat gred U 44 baru-baru ini. Mereka ialah:

1. En Mansor J.A Fanner
- Bahagian Pengurusan Latihan
2. En. Elengovan
- KPP Ulu Kinta - Kekal Sebagai Pengarah KPPUK
3. En. M.Shafiq Teoh Abdullah
- KSKB Kuching - Bertukar ke BPL (PSUK)
4. En. Yusof Baba
- KPP Seremban - Bertukar ke KSKB Sg. Buloh (Ketua Jabatan BMS)
5. Tn Hj Zafri Yusof - KPP Ulu Kinta - Bertukar ke KPP Alor Setar (Pengarah KPPAS)
6. En Yong Kok Keng - KPP Ulu Kinta - Bertukar ke KPP Seremban (Pengarah KPPS)
7. En Amir Nurdin Harun - KPP Ulu Kinta - Bertukar ke BPL (PSUK)

Kenaikan pangkat ini merupakan satu sejarah di mana ia merupakan kenaikan pengkat yang pertama sejak Jawatan pengajar di naikkan taraf ke P&P bermula 2005 (hampir 4 tahun).

Ini juga merupakan satu peningkatan kepada kerjaya Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan) yang satu ketika dahulu hanya sebagai kumpulan sokongan. Selain itu 2 orang PPP yang telah terlebih dahulu mendahului senarai ialah Tn Hj Moideen Hasan (sekarang Pengarah Hospital Kota Belud, Sabah) dan En Zulkifli Tahir (sekarang Pengarah Hospital Kuala Penyu, Sabah), Kedua-dua mereka juga adalah bekas pengajar di KPPUK.

Moga2 perkembangan ini dapat memberi inspirasi kepada kita ke arah meningkatkan kerjaya dan kualiti perkhidmatan.

Kepada mereka, diucapkan tahniah dan moga2 tuan-tuan dapat menunjukan kecemerlangan dan menjadi contoh kepada semua PPP ( jangan lupa untuk membela kerjaya PPP).

abu aiman.

10.18.2008

Bengkel Cadangan Gred Flexi, KSKB Ulu Kinta dan Uniform PPP Wanita

Salam sejahtera.
1. Bengkel Cadangan Perjawatan PPP
Alhamdulillah, pada 15-17 Oct lalu saya berkesempatan menghadiri satu Bengkel yang dianjurkan oleh Lembaga PPP dengan kerjasama Kesatuan, Persatuan serta Bahagian pengurusan Latihan. Tujuan bengkel ini ialah:

1. Membuat kertas cadangan Gred Flexi
2. Kajian semula Norma perjawatan PPP
3. Kajian semula Peranan/Tugas/Tanggungjawab pelbagai gred PPP berdasarkan 'Levels of Care' di setiap unit.

Bengkel selama 3 hari ini telah dihadiri oleh lebih 30 orang pemimpin dan senior PPP dari Lembaga, Kesatuan, Persatuan, Ketua-ketua PPP negeri, penyelia/ketua unit dan pegawai2 BPL.

Tujuan cadangan untuk mewujudkan gred flexi ini ialah supaya tidak berlaku 'brain drain' jika terdapat kenaikan pangkat. Jika seseorang PPP itu telah dinaikkan pangkat, maka beliau boleh dikekalkan ditempat beliau bertugas supaya dapat mengekalkan kepakaran yang diperlukan oleh unit tersebut serta peluang peningkatan kerjaya yang lebih baik.
Selain itu Bengkel ini juga membincangkan agar peranan dan tanggunjawab PPP distrukturkan semula dengan lebih jelas dalam pelbagai kategori gred mengikut 'level of care' disetiap unit.

2. Lawatan ke Tapak KSKB Ulu Kinta
Kami juga berkesempatan melawat tapak pembinaan KSKB Ulu Kinta pada hari terakhir bengkel Projek yang menelan kos sebanyak RM 365 juta itu sudah siap hampir 10 peratus pembinaanya.
Ia dijangka siap sepenuhnya pada 2011 dan ia merupakan kompleks latihan terbesar di KKM. Dijangkakan terdapat 3 kursus yang akan dijalankan iaitu, Diploma PP, Nusing dan pembantu Farmasi. Kolej ini mampu menampung 3000 pelajar dalam satu-satu masa.

Pembinaanya ini juga merupakan satu langakh untuk mewujudkan Kolej Universiti Sains Kesihatan pada masa hadapan. Ini sudah pasti memerlukan ramai tenaga pengajar. Tuan-tuan di service sekarang harus mengorak langkah dengan meningkatkan taraf akademik supaya kekosongan tenaga pengajar ini akan dapat diisi dimasa akan datang.

3. Cadangan Uniform PPP Wanita.
Diakhir lawatan ke KPPUK, kami dipertontonkan dengan peragaan uniform baru PPP wanita oleh pelajar2 dari Kolej PP Seremban, Ulu Kinta dan Alor Setar.

Cadangan uniform baru yang bercirikan lebih korporat ini akan dibawa ke peringkat atasan untuk persetujuan dan kelulusan. Dijangkakan geraduan PPP perempuan pertama yang akan memasuki perkhidmatan PPP ialah pada 2011.

Ini merupakan satu perkembangan baru dalam profesion PPP.


abu aiman

10.12.2008

Tahniah PPP Kohort 7 Degree MAHSA

Assalamualaikum.

Semalam (11.10.2008) selepas habis kuliah di UPM saya bergegas ke Hotel Rengency KL untuk meraikan rakan-rakan PPP yang baru mengikuti Degree berkembar MAHSA dan University of Northumbria UK.

Saya juga diminta untuk memberikan ceramah berkaitan 'study skills' kepada lebih dari 80 PPP yang mengikuti program tersebut. Sebenarnya saya bukanlah 'pakar motivasi tetapi kerana semangat melihat rakan-rakan yang baru memasuki 'dunia akademik' serta dengan sedikit pengalaman mengikuti program diploma, degree dan master maka dapatlah saya berkongsi ilmu dan pengalaman tersebut dengan rakan-rakan PPP. Setakad ini alhamdullilah, tips dan kaedah pembelajaran yang saya gunakan membuahkan hasil yang membanggakan.

Paling penting bagi saya, sebagai 'adult learner' kita mestilah bijak menguruskan masa. Selain itu, fokus dan kosentrasi semasa dalam kelas dan belajar amat penting. Pertolongan rakan-rakan melalui 'study group' atau group maya juga amat berfeadah bagi pelajar-pelajar PJJ atau separuh masa.

Saya ucapkan tahniah kepada semua PPP yang telah berjaya mengikuti program degree ini. Ini merupakan satu permulaan yang amat baik ke arah meningkatkan kerjaya dan martabat PPP itu sendiri.

Selamat belajar

abu aiman